Tuesday 8 January 2013

HIKAYAT SEORANG HERO


Dia dilahirkan seperti seorang bayi normal yang baru lahir ke dunia ini. Mempunyai tubuh badan yang sempurna. Tiada lebih dan tiada kurang, tetapi menjadi seorang hero yang akan dikenang hingga akhir hayat. Tanggal 9 November 1967, terbitlah  dia dari perut ibunya yang menanggung keperitan dan kepayahan selama sembilan bulan dan 10 hari. Hari-hari dilaluinya seperti seorang tidak mempunyai sebarang kuasa luar biasa. Memang, dia langsung tidak memiliki sebarang jenis kuasa luar biasa mahupun kuasa seperti seorang ‘SUPERHERO’. Anak bongsu daripada 14 orang adik-beradik ini langsung tidak mengetahui bahawa dia akan menjadi seorang yang dikenang walaupun ketika dia telah pergi. Ketika dia berumur 25 tahun, perkahwinan telah dilangsungkan dengan wanita pilihan hati. Ceritanya bermula dari sini. Selepas setahun perkahwinannya bersama isteri tercinta, dia dikurniakan sepasang anak perempuan, kemudian lahir pula seorang anak lelaki dua tahun kemudian. Selepas sembilan tahun perkahwinannya, dia telah dikurniakan lima orang anak, tiga laki-laki dan dua perempuan (si kembar). Kini dia telah melayari 22 tahun usia perkahwinan bersama sang pujaan hati dan selama itulah dia telah banyak berkorban untuk menyara keluarganya. Dari menjadi seoarang peniaga di pasar malam, sehingga menjadi seoarang kerani di pelabuhan. Dia seorang hero yang tak berlagu. Seorang hero yang tak dikenali, seorang hero yang tak tiada kuasa ajaib, tapi dia hero yang akan sentiasa dikenang hingga nyawa berpisah dari badan. Dia hero yang bernama Zainul Azmi bin Mat, orang yang takkan luput dari ingatan Khairul Ainuddin bin Zainul Azmi. IKHLAS DARI ANAKMU...........
-khaikyrul-

2 comments:

  1. kita yg masih hidup nie mestilah terus an.... semangat2.. balas segala jasa mereka... ^_^

    ReplyDelete
  2. YEAH.......TERBAIK LAA.....;)

    ReplyDelete